Epulklate’s Weblog

Just Shoot

Posted by: epulklate on: January 26, 2012

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M)

Posted by: epulklate on: January 26, 2012

TOLL FREE HOTLINE : 1-800-222-500 FOR BANTUAN RAKYAT 1MALAYSIA (BR1M), RM500 Print E-mail

Kepada sesiapa yang belum mengisi borang dan belum mendaftar untuk mendapatkan bantuan BR1M, anda boleh mengisi borang dan menghantar dengan segera. Borang BR1M boleh didapati dalam http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf .

Sila dapatkan borang yang asli dan jangan terpedaya dengan borang palsu yang diedarkan oleh sesetengah pihak.

Semakan bantuan rakyat 1 Malaysia boleh dibuat melalui talian hotline tol free. (1-800-222-500) bermula 15 Januari 2012. Kepada yang berjaya, anda akan dimaklumkan melalui surat dan boleh menebus wang di kaunter/bank yang akan dimaklumkan.

Kepada yang tidak berjaya, rayuan boleh dikemukakan dengan mengisi borang rayuan yang boleh didapati dalam laman web http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/rayuan_BR1M.pdf

 

Belia Negara

Posted by: epulklate on: May 29, 2011

Selamat Hari Belia diucapkan kepada semua belia dan belianis di seluruh Malaysia.

Sambutan hari belia pada tahun ini sungguh meriah. Dengan tema “perhimpunan sejuta belia”, sambutan yang diraikan di pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya menghimpunkan pelbagai program. Baik dari segi program sukan, sosial, ekspo malahan Petronas Cub Prix, Jom Heboh dan MAHA pun dikumpulkan di bawah satu program dan dibuat pada satu masa.

Syabas kepada yang terlibat dlm penganjuran event sebesar ini. Sampaikan Putrajaya tidak lagi kelihatan seperti Purajaya. Dengan kehadiran belia / wakil belia dari seluruh negara dan kelihatan juga wakil dari negara luar. Contoh Brunei, Filipina dan negara rantau lain.

Saya berada disana untuk satu event konvoi belia bersama-sama kelab dibawah Proton. Program ini mendapat sambutan hebat walaupun hanya mendapat hebahan disaat akhir. Konvoi bermula di PICC dan tamat di Pusat PROTON di Shah Alam. Saya tidak berkesempatan untuk menjengok event lain.

Hanya masa peserta konvoi melalui kawasan tersebut kelihatan dari dalam kereta kelihatan belia dengan program masing-masing. Kelihatan juga “Naruto”, Ninja Warriors, Band, Silat, Cheers Girl dan lain-lain. Semua kelihatan sibuk dengan persembahan/persiapan untuk menghiburkan orang ramai.

Program macam ini bagus dan baik diadakan untuk menghimpukan seluruh belia tidak kira bangsa, agama dan keturunan yang ada di Malaysia. Secara tidak langsung mereka akan beroleh ilmu, melihat pelbagai gaya hidup atau setidak-tidaknya berkomunikasi antara mereka. Iaitu PERPADUAN…. Ini akan menguntungkan negara dalam masa yang panjang.

Saya sebenarnya kali pertama bergerak hati untuk terlibat dalam program belia dan kali pertama melihat sambutan dari belia secara mendalam. Masih tidak terlewat walaupun umur hampir pencecah akhir 20-an. Apa yang saya dapat lihat melalui sambutan Hari Belia ialah gelagat belia negara.

Kelihatan mereka agak berpuak-puak. Apa yang dimaksudkan ialah pengenalan mereka dari segi pakaian/uniform. Kelihatan geng baju hijau di satu penjuru manakala geng baju belang di penjuru lain. Mereka akan segan barangkali untuk bercampur sesama mereka. Ataupun tidak mahu berpecah dalam kumpulan mungkin takut tersesat…

(bersambung)……

(sambungan)

Generasi Y. itulah gelaran yang diberikan kepada golongan belia. “y” for “youth”. bererti muda ataupun golongan usia antara 18 hingga 40 tahun. walau apapun tanggapan kepada golongan y ini, tetapi mereka sememangnya akan menjadi dewasa dan akan mewarisi apa sahaja takhta yang ada. baik dalam institusi keluarga, masyarakat dan negara. justeru amat penting untuk memiliki golongan belia yang berkualiti demi menjaga segala yang ada supaya dapat dijaga dipertahankan untuk selamanya.
semestinya tanggungjawab mendidik golongan ini terletak di bahu kita semua termasuk pemimpin di masa sekarang. justeru penganjuran apa-apa program sekarang menampakkan kearah mana golongan mudayang kita inginkan. setujukah kita kalau golongan muda nanti asyik dengan hiburan dan sosial sahaja. dimana pengisian kerohanian untuk mereka.
bukan membantah program belia yang dianjurkan baru-baru ini. cuma pengisian kerohanian amatlah penting jika dibandingkan dengan program-program lain yang di aturkan. mari sama-sama kita fikirkan untuk kebaikan bersama.

Nan0 – Kereta Paling Murah Akan Memasuki Pasaran Malaysia

Posted by: epulklate on: March 10, 2011

Syarikat automotif India mahu keluar Nano di Malaysia

SYARIKAT automotif terbesar India, Tata Motors berminat bekerjasama dengan PROTON Holdings Bhd untuk mengeluarkan kereta rakyat di Malaysia sama seperti model Nano keluarannya yang kini adalah kereta paling murah di dunia.

Minat itu dinyatakan Pengerusi Tata Group, Ratan Tata kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu pertemuan di Mumbai semalam.

“(Ratan) Tata sekali lagi menyatakan minat untuk bekerjasama dengan PROTON. Perbincangan mengenai usaha sama untuk mengeluarkan kereta (antara kedua-dua syarikat itu) pernah dilakukan kira-kira tujuh tahun lalu, tetapi tidak ada keputusan.

““Kereta ini (Nano) sesuai dan kita boleh kaji sama ada boleh membawanya masuk (ke Malaysia) atau (Tata) mengadakan kerjasama dengan PROTON bagi mengeluarkan kereta rakyat berharga dalam lingkungan RM20,000,” kata Muhyiddin Yassin kepada wartawan Malaysia.

Tata Motors, iaitu anak syarikat automotif Tata Group pada 2009 mengejutkan dunia apabila juruteranya mengeluarkan Nano, kereta empat tempat duduk paling murah, berharga satu lakh atau 100,000 rupee India (kira-kira RM7,000), yang dipanggilnya ‘kereta rakyat’.

Tata Group adalah kumpulan milik persendirian terbesar di India. Dalam tahun kewangan 2009/2010, kumpulan dengan 114 anak syarikat dan menggajikan 396,000 kakitangan itu meraih pendapatan AS$67.4 bilion. (sumber berita harian)

 

Rumah Untuk Golongan Muda

Posted by: epulklate on: March 9, 2011

25 bank biaya golongan muda beli rumahKUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun.

Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.