Archive

Archive for August, 2008

KEBANGKITAN SEMULA ANWAR IBRAHIM

August 28, 2008 epulklate Leave a comment

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, esok.

“Semua parti dalam pakatan pembangkang telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Angkat sumpah

Sementara itu, Pandikar Amin memberitahu, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pukul 10 pagi esok.

Beliau berkata, Dewan Rakyat sudah menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan kemenangan Anwar hari ini.

Pandikar Amin menjelaskan, keputusan untuk mengadakan majlis angkat sumpah itu secepat mungkin bukan diputuskan atas desakan sesiapa.

“Saya dengan kuasa saya dan tidak timbul isu desak-mendesak. Tidak ada sebab seseorang itu tidak boleh angkat sumpah secepat ini.

“Cuma saya tidak pasti sebelum ini bila SPR akan memaklumkan secara rasmi keputusan pilihan raya itu,” katanya.

Mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 bermula sejak 18 Ogos lalu dan akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ia akan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri pertengahan Oktober ini

Categories: Uncategorized

WANITA JADI PM?…..SETUJU ATAU TIDAK

August 26, 2008 epulklate Leave a comment

Tidak mustahil wanita jadi PM

JOHOR BAHRU 25 Ogos – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak mustahil Malaysia bakal diterajui oleh wanita suatu hari nanti memandangkan peranan golongan itu dalam pembangunan negara semakin menyerlah.

Perdana Menteri berkata, melihat kepada kejayaan yang dicapai oleh wanita pada masa sekarang, peranan golongan itu terbukti begitu hebat.

”Kalau saya tengok perkembangan wanita sekarang yang begitu hebat dan bertambah hebat, bukanlah suatu perkara yang mustahil. Mungkin kita lihat suatu hari nanti wanita menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan sambutan Hari Wanita yang bertema ‘Wanita Penjana Ekonomi Negara’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini hari ini.

Abdullah seterusnya berkata, beliau sepatutnya berada di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada hari terakhir sempena pilihan raya kecil kawasan Parlimen berkenaan hari ini.

Namun, katanya, kerana menghargai sumbangan besar golongan wanita kepada negara, beliau tetap mahu bersama lebih 5,000 wanita yang menyertai sambutan berkenaan.

Beliau memberitahu, setiap tahun kejayaan wanita semakin bertambah dan banyak projek dikendalikan oleh golongan itu berbanding dahulu.

”Tema Hari Wanita yang dipilih tahun ini tepat sekali iaitu ‘Wanita Penjana Ekonomi Negara’ kerana peranan mereka telah terbukti selama ini,” ujar beliau.

Menurutnya, kejayaan wanita masa kini menjadi inspirasi kepada generasi muda yang dahulunya jarang dilihat.

”Sudah terbukti sekarang yang wanita memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara.

”Lihat sahaja Gabenor Bank Negara diterajui oleh seorang wanita, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC), Datuk Zarinah Anwar,” katanya.

Ujarnya, jika dibanding dengan dahulu, jarang wanita hadir dalam mesyuarat penting berbanding sekarang, namun kini baik di agensi kerajaan atau swasta, golongan berkenaan yang tampil untuk berbincang dan memberikan pendapat.

”Ini membuktikan yang kerajaan sentiasa memberi laluan kepada kaum hawa untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya tanpa sekatan,” katanya

ADAKAH ANDA SETUJU??…

SILA JAWAB DLM COMMENT..

A- SETUJU

B- TIDAK SETUJU

Categories: Uncategorized

GANJARAN OLIMPIK

August 20, 2008 epulklate Leave a comment

Pemain badminton negara, Lee Chong Wei yang memenangi pingat perak dalam acara perseorangan pada Sukan Olimpik Beijing akan menerima cek ganjaran RM300,000 malam esok.

“Chong Wei juga akan menerima pencen seumur hidup sebanyak RM3,000 sebulan,” kata timbalan perdana menteri dalam satu pertemuan ringkas dengan skuad badminton Olimpik Beijing di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Beliau yang gembira dengan pencapaian Chong Wei berharap, pemain tersebut dapat mencipta lebih banyak kejayaan pada masa depan.

Dalam perkembangan sama, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob memberitahu, pencen seumur hidup itu akan bermula 1 September ini.

Chong Wei memperolehi pingat perak selepas tewas kepada pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir sekali gus melenyapkan harapan Malaysia untuk memperolehi pingat emas pertama dalam sejarah Sukan Olimpik.

Hadir sama pada pertemuan itu ialah Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Nadzmi Mohd. Salleh dan jurulatih Misbun Sidek.

Categories: Uncategorized

pakej pelancongan

August 11, 2008 epulklate Leave a comment

MELANCONG KE NEGERI KELANTAN.

sewaktu cuti sekolah kedatangan para pelancong ke negeri Kelantan amat menggalakkan. sehinggakan tidak terdapat penginapan yang kosong di sekitar bandar Kota Bharu. semuanya ditempah oleh pengunjung. ada yang terpaksa menginap di rumah saudara mereka di negeri ini kerana tidak semnapt untuk menempah tempat penginapan.

di ruangan ini disediakan kemudahan kepada sesiapa yang memerlukan penginapan pada musim cuti sekolah. penginapan yang ditawarkan adalah berdekatan dengan pusat bandar kota bharu. tempahan awal diperlukan bagi mengelakkan kesulitan..

antara aktiviti yang disediakan adalah termasuk menyusuri sungai kelantan dengan bot. menginap di perkampungan nelayan, bermain permainan tradisional dan macam-macam lagi.

percutian akan menjadi lebih menarik jika pada masa yang sama kita boleh membeli belah barangan dengan harga yang murah. pelbagai kemudahan lain turut disediakan. pengangkutan, penginapan dan lawatan ke tempat menarik di sekitar negeri kelantan pasti menonggalkan kenangan yang tidak dapat dilupakan.

kedamaian pantai PCB pasti menggamit kenangan

kepada yang berminat sila “comment”.

Categories: Uncategorized

SUFIAH….GENIUS MATEMATIK

August 6, 2008 epulklate Leave a comment

Wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, yang terjerumus ke kancah pelacuran akhirnya bersetuju menerima pelawaan Kumpulan Penyokong dan Pengasuh Profesional Islam (Pisang) menjalani rawatan mengikut kaedah Islam untuk kembali ke pangkal jalan, sekitar Oktober depan.

Pengarah Perancangan dan Strategi Pisang, Hanafi Abdul Malek, berkata persetujuan Sufiah menemui wakil Pisang bagi mengikuti sesi kaunseling dan rawatan selepas Aidilfitri ini, membuka laluan untuk membantu wanita itu yang kini menjadi pelacur kelas atasan di kota London.

Menurutnya, Pisang sentiasa menggunakan pendekatan tidak mendesak atau memaksa yang mungkin menyebabkan Sufiah terpanggil untuk berjumpa wakil kumpulan itu sekali lagi selepas pertemuan pertama April lalu bagi menjalankan rawatan komprehensif merangkumi kaunseling dan perubatan Islam.

Katanya, Pisang akan menjalankan rawatan secara kaunseling dan rawatan berlandaskan hukum agama terhadap Sufiah iaitu dengan perubatan ruqyah menggunakan bacaan al-Quran dan doa supaya wanita berketurunan Melayu itu meninggalkan kerjaya mengaibkan itu.

“Kita menggunakan doa yang disertai kaunseling agar dapat melembutkan hati Sufiah selain memujuknya tanpa gopoh. Dia seorang wanita dewasa yang pintar, sudah tentu kita tak boleh sewenang-wenang memarahi atau mendesaknya.

“Kalau dulu dia langsung tidak mahu berkomunikasi dengan sesiapa walaupun melalui e-mel, alhamdulillah dia kini sudah mula menghantar e-mel kepada kami,” katanya yang baru selesai menghadiri majlis perasmian ibu pejabat Pisang di Kota Kinabalu, semalam.

Menurutnya, Pisang juga menyediakan perkhidmatan merawat mereka yang terkena sihir, khidmat kaunseling dan bimbingan menggunakan kaedah rawatan Islam selain perkhidmatan penerbitan dan penterjemahan.

Hanafi yang juga Pengerusi Yayasan Sahabat Insan dan Iman Malaysia (Sidim), berkata tidak adil bagi mana-mana pihak memarahi atau menghukum Sufiah kerana setiap manusia pernah melakukan kesalahan.

Malah, katanya, Sufiah terharu dan gembira apabila pihak Pisang dan Kesatuan Melayu United Kingdom sudi membantunya secara sukarela selain sentiasa memahami situasi yang dilaluinya.

Dalam pertemuan terakhir dengan Sufiah April lalu, wanita itu turut terharu apabila diberitahu masyarakat negara ini sentiasa mendoakan kesejahteraan dan mengikuti perkembangannya di London sejak dia diterima memasuki Universiti Oxford pada usia 13 tahun.

“Kami tidak pernah mendesak Sufiah, sebaliknya memahami masalah dihadapinya serta memberikan ruang kepadanya sehingga beliau benar-benar bersedia.

“Sufiah dapat menerima kehadiran kami kerana kami tidak pernah memarahi atau mengutuknya seperti dilakukan segelintir masyarakat tempatan yang melemparkan pelbagai tohmahan, termasuk menuduhnya tidak bermoral.

“Jadi, persetujuan Sufiah untuk bertemu kami Oktober ini menandakan beliau sudah bersedia dan satu perkembangan baik dalam usaha Pisang membantunya,” katanya.

Categories: Uncategorized