Archive

Archive for June, 2009

TEMPAHAN MARUKU UNTUK HARI RAYA

June 21, 2009 epulklate Leave a comment

biskut raya

Tempahan Maruku, Kerepek dan Biskut untuk Hari Raya sudah pun dibuka. Tempahan disediakan kepada sesiapa yang berminat samna ada untuk berniaga ataupun untuk kegunaan sendiri. Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila hubungi web hosting. Ataupun terus mengikuti blog ini dari semasa ke semasa.

Categories: Uncategorized

Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM)

June 16, 2009 epulklate Leave a comment

Polis mematahkan cubaan menghidupkan semula Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang diharamkan enam tahun lalu apabila menahan 42 lelaki, termasuk ketuanya dalam serbuan di Taman Gombak Jaya dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tajudin Md Isa, berkata siasatan mendapati PKPM merekrut anggota baru dengan menjanjikan gaji sehingga RM1,900 sebulan bergantung kepada kepakaran masing-masing.

Polis turut merampas pakaian berlogo PKPM termasuk topi, kemeja-T dan blazer, plak kenderaan berlambang VIP dan VVIP, cota, 22 surat tawaran kerja, beberapa set kertas soalan peperiksaan dan wang tunai RM340, dipercayai wang pendahuluan pendaftaran bagi menyertai PKPM.

Polis pernah melumpuhkan pasukan itu pada 2003 dengan menahan 91 pemimpinnya, manakala 3,279 anggota PKPM menyerah diri.

Nor Azami yang mendakwa bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Ogos 2003 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Dia dijadualkan menghadiri perbicaraan kes itu pada 25 Jun ini selepas beberapa kali ditangguhkan.

Pertubuhan itu dikatakan didaftarkan atas nama PKPM Services Bhd pada 8 Mei 2003 bagi menjalankan aktiviti perniagaan sebaliknya menawarkan pelbagai jenis pangkat tentera seperti Leftenan Muda pada harga RM8,000, Leftenan (RM16,000) dan Kapten (RM25,000), kepada orang ramai.

Beliau meminta ahli PKPM yang tertipu supaya jangan takut untuk tampil membantu siasatan pertubuhan itu tidak lagi berbahaya selepas polis melumpuhkan sepenuhnya operasi mereka.

Categories: Uncategorized

Stadium runtuh.

June 3, 2009 epulklate Leave a comment

 

 

mainpix1

Stadium Sultan Nizam Zainal Abidin Terengganu yang bernilai RM 292 jutaruntuh. Kejadian berlaku pada pukul 9.30 pagi.  Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Categories: Uncategorized

Mesyuarat Agung

June 1, 2009 epulklate Leave a comment
Categories: Uncategorized