Home > Uncategorized > Berbogel Atas Kapal Terbang

Berbogel Atas Kapal Terbang

ALBUQUERQUE, New Mexico 2 Julai – Seorang penumpang penerbangan US Airways bertindak berbogel dan menghalang pramugari melindunginya dengan selimut sebelum dua pegawai polis yang tidak bertugas di dalam pesawat itu menakluk dan menggarinya, kata pihak berkuasa hari ini.

Keith Wright, 50, dari Bronx, New York telah ditahan selepas menanggalkan pakaiannya ketika berada di tempat duduk belakang penerbangan 705 petang semalam, kata pihak berkuas. Pesawat itu membawa 148 penumpang dari Carolina Utara ke Los Angeles, kata pihak penerbangan.-berita harian

Wright telah melawan ketika pramugari menyuruhnya supaya mengenakan pakaian semula, kata Dan Jiron, jurucakap lapangan terbang Albuquerque.

“Pramugari itu beberapa kali menyuruhnya mengenakan pakaian semula. Dia melindungi lelaki itu dengan selimut tetapi dia menanggalkannya,” kata Jiron.

Akibat kejadian itu, penerbangan tersebut terpaksa mendarat di New Mexico sebelum meneruskan semula penerbangannya ke Los Angeles selepas lelaki terbabit dibawa turun.

Categories: Uncategorized
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.