Misteri Lokasi Pengebumian Michael Jackson
Lokasi sebenar Michael Jackson dikebumikan terus menimbulkan misteri, beberapa jam selepas berakhirnya majlis awam bagi memperingati raja pop itu.
Keluarga Jackson malam tadi membuat kejutan apabila memutuskan untuk meletakkan mayat Michael dalam keranda bersadur emas itu di majlis peringatan terakhir di Staples Center.
Sebelum itu, satu upacara peringatan khusus kepada keluarga terdekat diadakan di perkuburan Forest Lawn.
Bagaimanapun, selepas tamat majlis peringatan itu, keluarga Jackson terus beredar ke sebuah hotel lima bintang di Beverly Hills untuk berkumpul sebelum pengebumiannya yang tidak tahu bila dan di mana.
Seorang ahli keluarganya bagaimanapun enggan mengulas mengenai spekulasi media nahawa keranda itu akan dibawa ke sebuah destinasi rahsia.
Spekulasi juga tersebar kononnya pengebumian Michael diadakan di Hollywood Hills di mana penyanyi itu memulakan kerjayanya atau sama ada mayatnya dikebumikan di kawasan kediamannya di Neverland