ALUMNI SKCL

November 30, 2009 at 1:25 am (Uncategorized)

Bertempat di Raudah Hotel, bekas pelajar Sek. Keb. Che Latiff (Alumni SKCL) telah mengadakan satu majlis perjumpaan. Majlis perjumpaan kali ke2 ini berlangsung dengan sempurna setelah menempuh pelbagai kesukaran diperingkat awal perancangan.

Program ini telah dirancang di peringkat awal, iaitu seminggu sebelum AidilAdha. Mengiikut perancangan awal tersebut majlis akan diadakan pada malam Jumaat di Perdana Resort PCB dengan bayaran RM50 seorang. Aktiviti lain yang dirancang selain makan ialah karaoke, teka-teki (kuiz), mengimbau kenangan lalu dan sedikit buah tangan (sourvenior) kepada tetamu yang hadir. Tetapi reaksi yang diterima amat menyedihkan. Tiada sambutan dari peserta….. mungkin masa yang tidak sesuai. Mungkin juga tempat, bayaran, atau mungkin apa-apa saja yang tidak dipersetujui.

Ini memaksa pihak yang mengurus program ini (organiser) mengubah tarikh, tempat dan masa. Lalu program ini mendapat sambutan melebihi perancangan awal… Tahniah diucapkan kepada yang terlibat. Seorang demi seorang memberi reaksi yang bagus. ada yang nak bawa isteri dan suami masing-masing. Melalui senarai nama yang mahu ikut serta ialah seramai 23 orang. Yang dirancang ialah sekurang-kurangnya 20 orang. Maknanya lebih 3 orang… Ini diikuti pada saat akhir seorang dua yang menarik diri, diganti dengan orang lain.  Tahniah sekali lagi kepada organiser keranan cepat mengambil tindakan menggantikan dengan orang lain.

Dan pada akhirnya, Majlis ini berjaya dilangsungkan di Raudah Hotel Kota Bharu. Dengan kehadiran lebih dari 2o orang. Majlis ini berlangsung dengan sempurna. Walaupun terdapat sedikit kelewatan di peringkat awal. Ini kerana menunggu peserta yang sedikit terlewat hadir. Walaubagaimanapun, ini tidak sedikit pun merencatkan majlis ini yang dimulakan melalui bacaan doa oleh saudara pengerusi majlis.

Majlis diteruskan dengan ucapan seorang demi seorang tetamu. Pelbagai pengalaman dan keterangan semasa dibincangkan bermula dengan soal peribadi sehinggalah soal kerjaya. Tetamu begitu “sporting” berkongsi maklumat. Keadaan bertambah ceria dengan celoteh seorang bayi yang comel.

Tetamu begitu ceria sepanjang program berlangsung. Sehinggalah selesai makan… Selepas itu ada beberapa tetamu yang berkaraoke. Mengalunkan lagu-lagu yang disediakan. Antaranya CD Uji Rashid, Rock Santai dan S.M Salim. Aktiviti karaoke berterusan sehinggalah program berakhir.

Tetamu meninggalkan majlis pada pukul 11.30 malam..

untuk refferences bebudak skcl…

sila klik alumni skcl untuk rujukan alamat dan no tel

Permalink Leave a Comment

ROS- Pendaftaran 800 Persatuan Terbatal

November 15, 2009 at 2:41 am (Uncategorized)

Sebanyak 800 pertubuhan di seluruh negara terbatal status sebagai badan yang berdaftar bagi tempoh 2008 hingga September tahun ini atas pelbagai faktor.

Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Md Alias Kalil, berkata antara faktor yang menyebabkan pembatalan itu adalah kerana kegagalan menghantar penyata tahunan dan permintaan daripada ahli sendiri yang mahu sesuatu persatuan dibubarkan.

“Membatalkan pendaftaran persatuan adalah langkah terakhir yang diambil. Selepas itu ahlinya tidak lagi boleh menjalankan sebarang aktiviti berkaitan persatuan kerana ia menyalahi undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sijil pendaftaran persatuan kepada 30 pertubuhan yang berdaftar di Kedah.

Md Alias berkata, negara turut mengalami kerugian jika pertubuhan yang didaftar kewujudannya terbatal kerana sejumlah 110,000 persatuan yang ada di seluruh negara memainkan peranan penting dalam membangunkan negara.

Di Kedah, 103 daripada 7,000 persatuan yang didaftar sehingga September lepas terbatal atas sebab yang sama.

Permalink Leave a Comment

Hari Nelson Mandela

November 12, 2009 at 1:44 am (Uncategorized)

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memilih 18 Julai sebagai ‘Hari Antarabangsa Nelson Mandela’ sebagai menghormati jasa pemimpin tersohor Afrika Selatan itu dalam memperjuangkan keamanan dunia.

Resolusi yang dibentangkan itu mendapat sokongan sebulat suara di kalangan 192 anggota PBB.

Nelson diikhtiraf menerusi Anugerah Keamanan Nobel berikutan jasanya membawa keamanan, meleraikan konflik kaum, memperjuangkan hak asasi dan kesamaan jantina.

Permalink Leave a Comment