Archive for Uncategorized

ROS- Pendaftaran 800 Persatuan Terbatal

Sebanyak 800 pertubuhan di seluruh negara terbatal status sebagai badan yang berdaftar bagi tempoh 2008 hingga September tahun ini atas pelbagai faktor.

Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Datuk Md Alias Kalil, berkata antara faktor yang menyebabkan pembatalan itu adalah kerana kegagalan menghantar penyata tahunan dan permintaan daripada ahli sendiri yang mahu sesuatu persatuan dibubarkan.

“Membatalkan pendaftaran persatuan adalah langkah terakhir yang diambil. Selepas itu ahlinya tidak lagi boleh menjalankan sebarang aktiviti berkaitan persatuan kerana ia menyalahi undang-undang,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sijil pendaftaran persatuan kepada 30 pertubuhan yang berdaftar di Kedah.

Md Alias berkata, negara turut mengalami kerugian jika pertubuhan yang didaftar kewujudannya terbatal kerana sejumlah 110,000 persatuan yang ada di seluruh negara memainkan peranan penting dalam membangunkan negara.

Di Kedah, 103 daripada 7,000 persatuan yang didaftar sehingga September lepas terbatal atas sebab yang sama.

Hari Nelson Mandela

Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam memilih 18 Julai sebagai ‘Hari Antarabangsa Nelson Mandela’ sebagai menghormati jasa pemimpin tersohor Afrika Selatan itu dalam memperjuangkan keamanan dunia.

Resolusi yang dibentangkan itu mendapat sokongan sebulat suara di kalangan 192 anggota PBB.

Nelson diikhtiraf menerusi Anugerah Keamanan Nobel berikutan jasanya membawa keamanan, meleraikan konflik kaum, memperjuangkan hak asasi dan kesamaan jantina.

Misteri Sejadah Berdiri

mainpix

Misteri 36 helai sejadah yang dikatakan ditemui dalam keadaan ‘berdiri’ di surau Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Sangkot, Meranti di sini, semalam, menarik perhatian penduduk sekitar.

Kejadian yang mula disedari jam 10.40 pagi itu, dianggap aneh tetapi Kadi Jajahan, Anuar Alsadat Noor, mengingatkan umat Islam supaya tidak membuat tafsiran sehingga boleh memesongkan akidah.

“Saya anggap ini perbuatan kanak-kanak nakal yang sengaja menyusun kedudukan semua sejadah dalam keadaan seperti sedang melakukan solat.

“Ini bukan perkara pelik,” katanya yang bergegas ke sekolah itu, kira-kira jam 2.30 petang bersama kakitangan Pejabat Agama Pasir Mas bagi mengambil semua sejadah itu selepas menerima arahan Pejabat Mufti Kelantan. Anuar berkata, pihaknya terpaksa mengambil semua sejadah itu bagi mengelak kejadian berkenaan disalah tafsir umat Islam sehingga boleh menimbulkan khurafat.

Sementara itu, guru sekolah itu, Adnan Abdullah, berkata kejadian di surau itu disedari seorang murid Tahun Dua, Mohd Khairi Mat Yadin, 8, ketika berada dalam kelas pemulihan pembelajaran.

Beliau berkata, murid itu terpandang susunan sejadah terbabit dalam keadaan mencurigakan menerusi ruang tingkap surau itu dari kelasnya.

Kedudukan sejadah itu dikatakan seperti saf mengerjakan solat dengan semuanya membentuk bonjolan di bahagian tengah.

Sebanyak 16 helai sejadah bersusun di ruang solat lelaki, manakala 19 lagi di ruang solat perempuan, manakala satu di ruang imam di bahagian depan.

Adnan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, beliau bergegas meninjau keadaan dalam surau berkenaan.

“Saya terkejut apabila melihat keadaan susunan sejadah itu sebelum memaklumkan kepada Penolong Kanan sekolah itu, Maimon Hamzah, kerana Guru Besar, Mariam Omar, sedang menghadiri majlis rasmi di Pengkalan Chepa.

“Berikutan itu, kejadian ini dimaklumkan kepada Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Pasir Mas dan diarahkan supaya tidak mengganggu kedudukan semua sejadah terbabit sehingga sehingga ia dirujuk kepada Pejabat Agama Daerah Pasir Mas.

“Kira-kira setengah jam selepas penemuan sejadah ini, orang ramai mula masuk mengerumuni surau ini untuk melihat sendiri apa yang berlaku menyebabkan kami terpaksa memasang pita bagi menghalang mereka masuk ke surau,” katanya.

Bagaimanapun, orang ramai mula beredar dari surau itu selepas mendapat arahan Pejabat Agama.

GEMPA DI PADANG- KEMURKAAN ALLAH??

Gempa di Padang, Indonesia mengorbankan banyak nyawa, memusnahkan harta benda dan merubah bentuk muka bumi. Melihat keadaan selepas gempa betapa kita sangat kerdil dan sangat tidak mampu untuk menyekat segala bala bencana yang datang dariNya.

Secara suratan atraupun kebetulan… waktu gempa yang berlaku iaitu pada 5.16 ptg untuk gempa pertama dan 5.58 ptg untuk gempa kedua. Ada yang beranggapan sama dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Israa’ (17:16 dan 17:58). sejauh mana kebenaran hanya Allah yang mengetahui.

Sebenaynya banyak cerita yang kedengaran tentang keadaan i Padang sebelum gempa bumi berlaku. Pelbagai masalah sosial dan maksiat yang dilakukan di kawasan tersebut tanpa mengira masa. Gejala dadah dan sosial lain oleh anak muda berlaku secara berleluasa. Ibadah sembahyang lima waktu tidak diambil berat.  Walaupun hampir 90 peratus penduduk padang terdiri dari etnik Minangkabau yang beragama Islam.

Lantaran, ramai yang beraggapan kejadian ini hasil dari kemurkaan Allah terhadap penduduk Padang yang lalai terhadap perintah dan larangan Allah. Kehidupan masyarakat yang sudah sekian lama lalai diberi peringatan oleh Allah supaya berpatah kejalan yang benar dan mengikut panduannya iaitu Al-Quran.

Oleh itu kita sebagai hamba perlu melakukan ape yang diperintahkan olehNya tidak kira dimana kita berada. Bala Allah boleh datang dengan sekejap sahaja tanpa mengira masa dan tempat…

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini dan kepada semua yang beragama Islam tidak kira dimana jua anda berada. Semoga dengan kedatangan syawal kali ini memberi seribu makna kepada anda semua.

Diaharapkan bergembira dihari lebaran. bagi yang balik beraya di kampung tu, berhati-hati memandu kenderaan masing-masing. semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. periksa kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. disini juga ada tips keselamatan untuk yang balik beraya kat kampung halaman.

TIPS keselamatan rumah ketika pulang ke kampung berhari raya oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia:

1) Sebelum meninggalkan rumah pastikan semua peralatan elektrik dicabut. Ini bagi mengelakkan berlaku litar pintas

2) Nelaporkan kepada pihak keselamatan sebelum meninggalkan rumah masing-masing. Kita pastikan rumah kita diawasi apabila meninggalkan rumah.

Tips keselamatan jalan raya:

1) Pasukan bomba telah membuat penyediaan rapi dengan membuat rondaan lebih kerap di jalan persekutuan dan lebuh raya.

Pertambahan anggota yang lebih daripada tahun lalu.

Saranan untuk kurangkan kemalangan:

1) Kalau mengantuk pemandu-pemandu dinasihatkan untuk berhenti dan berehat sebentar.

2) Jangan memandu terlalu laju berhati-hati ketika memandu untuk elakkan kemalangan.

3) Pastikan kenderaan berada dalam keadaan baik bagi perjalanan jauh.

4) Kalau berlaku kemalangan yang mengakibatkan kecederaan, mangsa perlu cepat-cepat keluar daripada kenderaan.

5) Bila berlaku kemalangan kita perlu cabut kepala bateri untuk elak berlakunya litar pintas.

 

Diharap tips-tips yang diberikan berguna kepada semua. semoga kita sama-sama dapat mengurangkan tragedi di hari raya.

« Previous entries