Epulklate’s Weblog

BLOG: VIRTUAL MAYA YANG RELEVEN

Posted on: March 24, 2008

KEPENTINGAN BLOG DALAM MENDAPATKAN MAKLUMAT YANG TEPAT DAN TELUS

Saya tertarik dengan artikel yang ditulis leh  Dr.Sapora Sipon, Pensyarah Kanan, Program Kauseling, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Univeristi Sains Islam Malaysia(USIM)  di Utusan Malaysia bertarikh 17 March lalu :

Dilaporkan gerakan politik melalui Internet sudah wujud sejak pilihanraya 1999, tetapi strategi itu gagal membantun kemaraan pembangkang dengan berkesan, malah tidak efektif lansung dalam pilihanraya 2004. Tetapi piliharaya 2008 menyaksikan keadaan yang amat berbeza di mana banyak rakyat yang memilih internet melalui blog sebagai satu medium berkomonukasi yang berpengaruh dalam kempen…
Maklumat dalam pelbagai bidang boleh diperoleh dengan cepat dalam usaha melahirkan masyarakat yang bermaklumat. Apabila masyarakat bermaklumat tentu sekali percambahan minda rakyat ke arah yang positif akan berlaku.
Setiap pihak terutama sekali parti lawan ternyata menafaatkan sepenuh-penuhnya penggunaan internet dan blog atas usaha mempengaruhi pemikiran dan psikologi rakyat untuk menyokong mereka….
Ternyata dalam konteks PRU12, penggunaan internet dan blog banyak menguntungkan parti lawan. Tentu sekali ini memberi pengajaran kepada BN untuk tidak mengambil mudah peranan internet dan blog dalam memujuk dan membentuk persepsi pengundi pada PRU akan datang….
Utusan Malaysia, Isnin 17 Mac 2008

Terbukti peranan internet dan blog yang mudah mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia. Salah satu medium yang masih releven buat masa sekarang ialah blog. Dimana maklumat yang disampaikan telus dan adil dari semua golongan masyarakat.

Orang ramai juga mudah untuk melayari memandangkan komputer yang boleh dikatakan dimiliki oleh setiap keluarga. Mereka boleh melayarai dan mencari apa-apa maklumat yang digemari tanpa apa-apa tapisan. Ini yang membuatkan rakyat Malaysia berhak memilih dan menilai sesuatu maklumat yang diperolehi.

 Oleh itu terbukti peranan blog dalam masyarakat sekarang adalah sangat penting. Ia bukan sahaja dapat mempengaruhi PRU12 yangb erlangsung baru-baru ini malahan akan mempengaruhi trend masyarakat di Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: