Epulklate’s Weblog

JOM CANDAT SOTONG….

Posted on: May 4, 2008

 

JOM CANDAT SOTONG & MEMANCING….

Musim MENCANDAT SOTONG dan memancing tiba lagi. Kepada kaki pancing dan kaki pencandat sotong !! tiba lah masanya untuk anda turun ke laut untuk menjalankan aktiviti yang menarik ini. Musim mencandat sotong pada tahun ini kembali lagi dengan hasil yang pasti memuaskan hati. Jom pergi mencandat sotong di perairan Kelantan yang kaya dengan sumber perikanan dan hasil laut.

Sotong candat yang bersaiz besar dan segar boleh dicandat di perairan tempatan pada musim ini. Jangan lepaskan peluang.

 

Go to fullsize imageGo to fullsize image

 Dengan kerjasama dengan Persatuan Nelayan tempatan, kami boleh menolong anda untuk menempah bot dan peralatan berkaitan untuk pergi mencandat sotong. Dengan jaminan bot yang selesa dan memenuhi peraturan keselamatan dan berdaftar dengan Persatuan Nelayan tempatan, nilai tambang dan tempahan bot adalah bergantung kepada saiz bot dan jenis enjin yang digunakan.

Tempahan adalah bergantung kepada masa tempahan dibuat dan juga bergantung kepada kekosongan. Untuk keterangan lanjut hubungi 012-9488958.

satu trip mencandat sotong bergantung kepada lokasi candat. bergantung kepada minyakyang digunakan untuk ke lokasi dan upah tekong. biasanyer perbelanjaan untuk satu trip ialah RM 550.00 hingga RM 700.00.  walaubagaimanapun ini bergantung kepada rundingan dengan tuan bot berkenaan.

mengikut pemerhatian sekarang hasil tangkapan untuk satu bot dianggarkan lebih kurang 50-70 kilogram sotong. ini bergantung kepada kemahiran pencandat..

13 Responses to "JOM CANDAT SOTONG…."

salam, bolehkah berikan harga pakej yang ditawarkan, bila tarikh terdekat ada program candat sotong
berilah apa2 sahaja maklumat, sebab nak tanya pun tak tahu apa soalan nak di tanya, tak biasa tapi berhajat candat sotong

OK…
thanks sbb msk blog ni. utk pengetahuan, musim sotong dijangka kembali pada bulan march nnt. wlubagaimanapun itu cuma ramalan mengikut tahun2 lepas. apa2pun kena tggu n slalu chek la. nnt klu ada apa2 sy bgtau ok. thanks.

MANA LAGI TEMPAT YANG BOLEH CANDAT SOTONG?SAYA MAHU MEMBUKA PAKEJ CANDAT SOTONG DAN BOLEH KAH BERIKAN NO FON TUAN PUNYA BOT UNTUK SAYA MUDAH MEMBUAT TEMPAHAN BOAT.

kalau boleh biar lah dari dalam kelantan sahaja.pantai cahaya bulan

ok..
INSYA ALLAH.. SEHARI DUA LAGI

post pakej mencandat update doh tu.. tgk la..

Salam.
Boleh dapatkan harga pakej pada bulan April 2009 bagi aktiviti mencandat termasuk penginapan. Anggaran 30 – 40 orang peserta dan lokasi mencandat tempat mencandat.

terima kasih kerana melayari weblog ini. saya memerlukan maklumat detail psl trip yang dirancangkan.
april tu brape hari bulan, braper hari?..harap maklum.

mcmn jadi x nk pegi candat ni?? tlg comfirmkan utk mengelakkan dari segala kesulitan.

Bertolak 10 April 2009, mencandat 11 April 2009 dan balik pada 12 April 2009. Jadi 3 hari 2 malam. Kalo boleh nak pakej sekali dengan penginapan. Tarikh untuk mencandat tu sesuai ke?

kat kelantang ade orang candat sutong jugok ke???…

yup..
kat kelantran mmg famous candat sotong ni.

bijok..bijok..pul..deme memang klah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: