Epulklate’s Weblog

TEMPAT PERCUTIAN MENARIK

Posted on: July 13, 2008

PANTAI CAHAYA BULAN

Terletak lebih kurang 10 km dari bandar KB. pengunjung boleh menaiki bas bernombor 10 ataupun kereta sewa ke lokasi. untuk pengunjung yang datang secara berkumpulan boleh menempah van dengan menghubungi nombor ini dibawah. tempahan awal diperlukan

Pantai yang  terkenal di Kelantan ialah Pantai Cahaya Bulan (PCB) yang dahulunya dikenali sebagai Pantai Cinta Berahi. Pasirnya halus memutih, pepohon rhu dan nyiur meliang-liuk bagaikan menari-nari menyambut kedatangan tetamu.

Hamparan rumput bak permaidani menghijau membentuk lanskap semulajadi pantai yang indah. Pantai ini sesuai bagi pengunjung yang ingin beristirehat bersama keluarga. Terdapat deretan chalet di sepanjang pantai ini untuk keselesaan para pengunjung.

Untuk tampahan chalet di musim cuti, tempahan awal diperlukan.

KILANG BATIK

 Go to fullsize image

Boleh menyaksikan sendiri cara pembuatan batik. semua jenis batik. canting, cop dan proses mewarna kain batik. pakej lawatan ini turut disediakan.

 

PERKAMPUNGAN NELAYAN

Go to fullsize image

Lawatan ke Kg. Kuala Besar amat memuaskan hati. perkampungan nelayan yang damai serta mengasyikkan dapat menenangkan tekanan. pengunjung dapat melihat sendiri aktiviti harian nelayan. merasai pengalaman turun ke laut menangkap ikan, mencandat sotong, memetik kelapa dan pelbagai aktiviti.

 

Pembuatan Wau

Go to fullsize image

 

 

Wau sinonim dengan Kelantan, merupakan satu simbol yang mengharumkan nama Kelantan di merata dunia. Kemahiran seni membuat wau yang amat di hormati ini diturunkan dari satu generasi ke generasi seterusnya, masih dapat mengekalkan mutu dan kecantikan wau sehingga ke hari ini.

Kita pasti akan terhibur apabila menyaksikan wau berbagai bentuk, rupa dan warna menghiasi ruang angkasa negeri di pantai timur ini terutama selepas saja musim menuai padi. Wau diberi nama mengikut bentuk-bentuk tersendiri seperti wau bulan, wau merak, dan wau kucing. Di sepanjang Pantai Cahaya Bulan terdapat gerai-gerai menjual berbagai jenis wau yang cantik dan berwarna-warni. Pertandingan Wau / Layang-layang Antarabangsa di adakan di Pantai Seri Tujuh di daerah Tumpat sebagai acara tahunan.

 

untuk maklumat, tempahan dan pertanyaan sila hubungi:

En. Saiful Idham

012-9488958.

1 Response to "TEMPAT PERCUTIAN MENARIK"

Kalau letak gambar tentu lg menarik ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: