Epulklate’s Weblog

KEBANGKITAN SEMULA ANWAR IBRAHIM

Posted on: August 28, 2008

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang dalam Dewan Rakyat, esok.

“Semua parti dalam pakatan pembangkang telah bersetuju untuk melantik beliau sebagai Ketua Pembangkang,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Angkat sumpah

Sementara itu, Pandikar Amin memberitahu, Anwar akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen pukul 10 pagi esok.

Beliau berkata, Dewan Rakyat sudah menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengesahkan kemenangan Anwar hari ini.

Pandikar Amin menjelaskan, keputusan untuk mengadakan majlis angkat sumpah itu secepat mungkin bukan diputuskan atas desakan sesiapa.

“Saya dengan kuasa saya dan tidak timbul isu desak-mendesak. Tidak ada sebab seseorang itu tidak boleh angkat sumpah secepat ini.

“Cuma saya tidak pasti sebelum ini bila SPR akan memaklumkan secara rasmi keputusan pilihan raya itu,” katanya.

Mesyuarat ketiga penggal pertama Parlimen ke-12 bermula sejak 18 Ogos lalu dan akan ditangguhkan pada Jumaat ini selepas pembentangan Bajet 2009 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Ia akan disambung semula selepas Hari Raya Aidilfitri pertengahan Oktober ini

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: