Epulklate’s Weblog

Import Kembali

Posted on: November 27, 2008

Awang import kembali ditagih

img0058a2

FAM ‘haramkan’ pemain luar musim 2009 tetapi ramai mahukannya

SAINGAN Liga Malaysia tanpa pemain import hanya akan dikuatkuasakan musim depan, tetapi permintaan menggunakan semula kudrat tenaga asing itu sudah mula kedengaran ketika sesi percambahan minda Liga-M musim 2010-2014 di Bukit Jalil, semalam.

Ia terhasil menerusi rumusan sesi berkenaan yang dihadiri pegawai, jurulatih negeri, kelab serta wakil media dengan pendapat bahawa pemain import diperlukan bagi menghangatkan saingan bola sepak tempatan.

Justeru, terbukti kritikan sebelum ini yang sangsi dengan pembekuan khidmat import bertepatan – juga hadir ibarat tamparan terhadap pendirian Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM) yang tampak tidak akan kekal lama.

Apapun, cadangan pengambilan pemain import itu hadir bersyarat – ia harus terdiri daripada pemain daripada negara berada pada ranking lebih tinggi daripada skuad negara.

Turut dicadangkan ialah khidmat import dihadkan kepada hanya dua pemain setiap pasukan dengan setiap pasukan perlu turut meletakkan deposit sebanyak RM350,000.

Gambaran ia mampu diterima FAM terjelma berikutan sikap terbuka diluahkan Timbalan Presiden badan induk itu, Khairy Jamaluddin yang mengesahkan bahawa idea difikirkan mampu terlaksana akan dipraktikkan.

“Sesi ini bertujuan untuk mengetahui apa yang diharapkan oleh golongan jurulatih dan juga kelab untuk tempoh lima musim akan datang dalam saingan Liga-M.

“Cadangan dirasakan mampu dilaksanakan akan dipertimbangkan, tetapi sesetengah idea – seperti mewajibkan setiap negeri meletakkan deposit – mungkin sukar kerana sesetengah pasukan kini mengalami masalah kewangan, ” kata Khairy.

Format pertandingan Piala Malaysia turut didebatkan dan kebanyakan peserta berpendapat ia harus ditentukan secara meritokrasi dan tidak memberi keutamaan kepada persatuan negeri bagi memastikan ia hanya disertai pasukan berkualiti.

Waktu sepak mula perlawanan juga dibincangkan dengan cadangan sepakmula sekitar jam 5 atau 6 petang, bagi membantu liputan media serta mengelak pertembungan dengan aksi Liga Perdana Inggeris.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: