Epulklate’s Weblog

HANTU WUJUD???

Posted on: December 17, 2008

Parti pembangkang dijangka memainkan isu-isu ‘hantu’ iaitu isu yang tidak pernah wujud pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Januari depan.

Ketua penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, tindakan itu berikutan pelbagai keputusan kerajaan kebelakangan ini membuatkan mereka kehabisan modal untuk berkempen.

“Isunya tidak ada, tapi mereka mencipta isu ‘hantu’ kerana kerajaan telah bertindak dengan baik termasuk menurunkan harga minyak sebanyak tujuh kali sehingga lebih rendah daripada harga asal.

“Saya rasa mereka juga terkapai-kapai kerana kerajaan sudah membayar royalti minyak tambahan sebanyak RM400 juta kepada Terengganu… jadi mulalah pembangkang fikir duit itu sepatutnya digunakan untuk basmi kemiskinan sedangkan ia memang dalam perancangan kerajaan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, tindakan pembangkang yang mencipta isu ‘hantu’ bukan perkara yang mengejutkan kerana mereka telah lama memutarbelitkan fakta sehingga rakyat mempercayai perkara yang tidak pernah wujud.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: