Epulklate’s Weblog

Ekonomi Negara Negatif?

Posted on: January 14, 2009

Citi Investment Research (Citi Investment), di bawah kumpulan perbankan terkenal, Citibank, menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi negara bagi tahun ini kepada 0.5 peratus berbanding sasaran awalnya pada 3.1 peratus.

Pengarah Ketua Kajian Malaysia, Kajian Ekuiti Asia Pasifik, Citi Investment, Choong Wai Kee berkata, unjuran itu berdasarkan impak krisis kewangan global semasa yang semakin dirasai oleh negara khususnya dalam pertumbuhan eksport yang mengalami aliran menurun.

Ini dapat dilihat daripada prestasi eksport pada bulan November tahun lalu yang menurun sejak dua bulan berturut-turut sebanyak 4.9 peratus.

Faktor-faktor lain yang menunjukkan negara mula mengalami perubahan daripada krisis kewangan global itu ialah jumlah pekerja yang diberhentikan oleh data Bank Negara Malaysia adalah 11,560 orang pada suku tahun ketiga 2008.

Permohonan pinjaman pengguna dan kelulusan juga menurun, perbelanjaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang perlahan manakala terdapat lebih banyak penyusutan dalam pendapatan syarikat korporat.

Wai Kee berkata, bagi prestasi suku ke suku untuk tahun ini pula, Malaysia dijangka mencatat kemelesetan teknikal bagi suku pertama pada -0.9 peratus, diikuti dengan sifar peratus masing-masing bagi suku kedua dan ketiga manakala pertumbuhan ekonomi pulih kepada dua peratus pada tahun suku keempat.

”Kelembapan teknikal hanya berlaku dalam tempoh singkat iaitu tiga bulan sahaja pada tahun ini tetapi ia tidak bermakna Malaysia akan mencatat kemelesetan teknikal untuk keseluruhan tahun 2009.

”Bagaimanapun ekonomi akan pulih sedikit pada suku keempat bergantung kepada usaha proaktif kerajaan yang memperkenalkan beberapa pakej rangsangan untuk menjana perkembangan ekonomi,” katanya pada sidang akhbar tentang hala tuju negara dalam mendepani perkembangan bagi tahun 2009 di sini.

Kerajaan mengunjurkan KDNK 3.5 peratus pada tahun ini.

Citi Investment, bagaimanapun menyasarkan pertumbuhan ekonomi negara akan menjadi lebih baik menjelang tahun 2010 iaitu pada kadar 4.2 peratus.

Katanya, negara akan menghadapi risiko yang tinggi jika terus bergantung kepada pendapatan daripada eksport ekoran semua ekonomi di seluruh dunia tidak membeli lagi di pasaran antarabangsa..

”Tetapi kerajaan perlu mengimbanginya kerana bajet defisit negara adalah 4.8 peratus, jumlah itu akan menjadi lebih besar jika kerajaan berbelanja lebih,” terangnya.

Namun beliau berharap kerajaan menumpukan usaha kepada mempercepatkan lagi sebahagian daripada projek yang telah dirancangkan sebelum ini.

Ditanya mengenai pakej rangsangan kedua, Wai Kee berkata, peruntukan itu dijangka lebih RM7 bilion.

”Kami tidak membuat sebarang unjuran jumlah yang akan diperuntukkan dalam pakej rangsangan ekonomi kedua itu, tetapi berdasarkan kepada penanda aras negara jiran di rantau ini dan kadar KDNK, maka belanjanya dijangka lebih besar melebihi RM7 bilion,” ujarnya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: