Epulklate’s Weblog

Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM)

Posted on: June 16, 2009

Polis mematahkan cubaan menghidupkan semula Pasukan Khas Persekutuan Malaysia (PKPM) yang diharamkan enam tahun lalu apabila menahan 42 lelaki, termasuk ketuanya dalam serbuan di Taman Gombak Jaya dekat sini, semalam.

Timbalan Pengarah II Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Tajudin Md Isa, berkata siasatan mendapati PKPM merekrut anggota baru dengan menjanjikan gaji sehingga RM1,900 sebulan bergantung kepada kepakaran masing-masing.

Polis turut merampas pakaian berlogo PKPM termasuk topi, kemeja-T dan blazer, plak kenderaan berlambang VIP dan VVIP, cota, 22 surat tawaran kerja, beberapa set kertas soalan peperiksaan dan wang tunai RM340, dipercayai wang pendahuluan pendaftaran bagi menyertai PKPM.

Polis pernah melumpuhkan pasukan itu pada 2003 dengan menahan 91 pemimpinnya, manakala 3,279 anggota PKPM menyerah diri.

Nor Azami yang mendakwa bergelar Datuk, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Ogos 2003 mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000. Dia dijadualkan menghadiri perbicaraan kes itu pada 25 Jun ini selepas beberapa kali ditangguhkan.

Pertubuhan itu dikatakan didaftarkan atas nama PKPM Services Bhd pada 8 Mei 2003 bagi menjalankan aktiviti perniagaan sebaliknya menawarkan pelbagai jenis pangkat tentera seperti Leftenan Muda pada harga RM8,000, Leftenan (RM16,000) dan Kapten (RM25,000), kepada orang ramai.

Beliau meminta ahli PKPM yang tertipu supaya jangan takut untuk tampil membantu siasatan pertubuhan itu tidak lagi berbahaya selepas polis melumpuhkan sepenuhnya operasi mereka.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: