Epulklate’s Weblog

Melacur selepas pantang

Posted on: August 5, 2009

Seorang wanita baru lepas pantang adalah antara lapan pelacur ditahan dalam serbuan sebuah premis di Jalan Tambypillai, Brickfields di sini, malam kelmarin.

Ketika serbuan kira-kira jam 11 malam itu, wanita berusia 30 tahun dan baru tiga bulan melahirkan anak didapati sedang melayan seorang pelanggannya di dalam sebuah bilik.

Polis turut menahan dua bapa ayam berusia 30 dan 50 tahun serta pelanggan mereka di premis yang mempunyai beberapa bilik kecil dan bersambung dengan restoran makanan laut di bahagian hadapannya, dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Berita Harian difahamkan, wanita itu yang hanya mengenakan bayaran RM30 bagi sekali perkhidmatan, dikatakan meninggalkan bayinya kepada jiran, manakala anak pertamanya pula ditinggalkan di kampung.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPKKL) berkata, polis turut menahan seorang wanita rakyat China dan seorang pondan.

“Serbuan dibuat berdasarkan maklumat risikan. Premis yang baru beroperasi kira-kira sebulan itu juga mempunyai dua pintu rahsia,” katanya di sini, malam kelmarin.

Sumber itu berkata, siasatan awal mendapati semua pelacur terbabit mengenakan bayaran antara RM20 hingga RM50 kepada pelanggan mereka dan RM15 daripadanya terpaksa diserahkan kepada bapa ayam.

Katanya, polis turut menemui 129 kondom di merata tempat di premis itu, termasuk yang sudah digunakan.

Sementara itu, pondan berusia 25 tahun yang ditahan tanpa segan silu meminta satu ciuman daripada seorang wartawan yang mahu mendapatkan maklumat daripadanya, manakala pelacur rakyat China pula berpura-pura mahu menjual cincin.

Semua pelacur, bapa ayam dan pelanggan dibawa di IPKKL untuk siasatan lanjut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: