Epulklate’s Weblog

Khidmat Seks Percuma

Posted on: December 2, 2009

Pakej karaoke seks. Itu tarikan istimewa ditawarkan sebuah pusat karaoke eksklusif di sini, yang menyediakan wanita muda di kalangan ‘pelajar’ China, bukan saja sekadar untuk menemani sesi karaoke, malah memberikan khidmat seks kepada lelaki hidung belang.

Difahamkan, kebanyakan pelanggan pusat hiburan terbabit terdiri daripada golongan profesional termasuk peguam dan ahli perniagaan, malah ada juga kenamaan yang bergelar Datuk.

Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu berakhir apabila premis yang berdekatan sebuah hotel terkemuka di sini diserbu polis dari Bukit Aman, malam kelmarin.

“Dengan bayaran RM200 sejam, pelanggan yang kebanyakan terdiri daripada golongan profesional bukan saja dapat menikmati layanan manja teman untuk berkaraoke, malah boleh melakukan hubungan seks dalam bilik karaoke terbabit,” katanya.

Difahamkan, ketika premis berkenaan diserbu, kebanyakan pelacur yang berselindung di sebalik status pelajar itu berpakaian mencolok mata dan dalam keadaan mengghairahkan.

Malah, ada antara mereka sengaja tidak memakai pakaian dalam bagi menarik perhatian dan seterusnya menggoda pelanggan yang melanggani mereka.

“Semua ‘pelajar’ yang ditahan itu dibawa ke Bukit Aman untuk disiasat mengikut Akta Imigresen kerana menyalahgunakan pas pelajar,” katanya.

Difahamkan, premis terbabit diserbu Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian Haram dan Maksiat (D7) Bukit Aman, selepas membuat risikan sejak dua minggu lalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: