Epulklate’s Weblog

Sindiket Jual Kereta Tumpas

Posted on: December 15, 2009

Lima bayi berusia dua minggu hingga sembilan bulan dan seorang kanak-kanak berumur tiga tahun diselamatkan polis sebelum dijual satu sindiket pada harga antara RM15,000 hingga RM20,000.

Dalam dua serbuan di Klang dan Banting, Selangor pada 4 dan 11 Disember lalu, polis turut menyelamatkan dua wanita Indonesia yang sarat mengandung serta menahan 13 individu termasuk empat pembeli terdiri daripada pensyarah, pengurus syarikat, pembantu akaun dan pekebun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata polis juga sedang menyiasat sebuah hospital swasta di sini yang dipercayai terbabit mengeluarkan dokumentasi bayi berkenaan.

Mohd Bakri berkata, dalam serbuan pertama itu polis menahan lapan orang termasuk seorang wanita bergelar ‘Auntie’ serta menyelamatkan seorang bayi, seorang kanak-kanak perempuan berumur tiga tahun serta dua wanita Indonesia berkenaan.

Hasil siasatan lanjut, polis menyerbu sebuah lagi rumah di Klang, Jumaat lalu dan menahan seorang lagi anggota sindiket terbabit serta empat pembeli.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: