Epulklate’s Weblog

KAPAL TERBANG TERHEMPAS

Posted on: February 20, 2010

Seorang lelaki bertindak menggunakan sebuah pesawat kecil merempuh bangunan persekutuan yang menempatkan pejabat cukai Amerika Syarikat di Austin, Texas kelmarin.

Dua orang dibawa ke hospital selepas rempuhan itu yang mengakibatkan bangunan tujuh tingkat berkenaan terbakar, kata pegawai bomba Austin.

Juruterbang terbabit, dikenal pasti oleh sumber penguat kuasa sebagai Joseph Andrew Stack, terbunuh.

Kejadian itu menimbulkan kebimbangan mengenai keganasan domestik dan kekurangan langkah keselamatan bagi pesawat persendirian.

Bagaimanapun, jurucakap Rumah Putih turut menegaskan, rempuhan pesawat berkenaan tiada kaitan dengan keganasan asing dan Presiden Barack Obama sudah pun diberikan taklimat mengenainya.

Ia mungkin “serangan yang disengajakan oleh seorang individu yang bertindak tanpa bantuan orang lain,” kata Ketua Polis Austin, Art Acevedo, dan menolak kemung-kinan akan berlaku lagi ancaman lain.

Ahli perundangan Amerika Syarikat, Michael McCaul dari Texas menyifatkannya sebagai ‘serangan yang disengajakan terhadap sebuah bangunan persekutuan.’

Satu nota yang disiarkan dalam internet dan ditandatangani oleh ‘Joe Stack’ menyatakan masalah yang dihadapinya dengan agensi Pejabat Hasil Dalam Negeri (IRS). Polis menyiasat nota itu.

Dalam nota itu, Stack mengadu dia melanggar undang-undang percukaian Amerika apabila gagal mengisi borang dan mengembalikannya kepada Pejabat Hasil Dalam Negeri kerana tidak memperoleh pendapatan tahun lalu.

Stack juga menyebut di dalam notanya dia mempunyai masalah menyelesaikan hasil pendapatan tanpa dokumen.

Cable News Network (CNN) melaporkan, juruterbang itu membakar rumahnya sendiri di Austin sebelum berlepas dengan sebuah pesawat dan merempuh bangunan berkenaan pada kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Pihak berkuasa juga menyiasat laporan CNN itu.

Pesawat Piper Cherokee itu dengan enjin tunggal, berlepas dari lapangan terbang berhampiran Georgetown dan terbang di bawah peraturan yang tidak memerlukan juruterbangnya menghubungi menara kawalan.

Dua pesawat F-16 kemudian meronda ruang udara ibu negeri Texas sebagai langkah berjaga-jaga, kata Pejabat Pertahanan Udara Amerika yang bertanggungjawab memantau ruang udara Amerika. – Reuter

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: