Epulklate’s Weblog

MUSIM CANDAT SOTONG

Posted on: February 26, 2010

 JOM CANDAT SOTONG & MEMANCING….

Musim MENCANDAT SOTONG dan memancing tiba lagi. Kepada kaki pancing dan kaki pencandat sotong !! tiba lah masanya untuk anda turun ke laut untuk menjalankan aktiviti yang menarik ini. Musim mencandat sotong pada tahun ini kembali lagi dengan hasil yang pasti memuaskan hati. Jom pergi mencandat sotong di perairan Kelantan yang kaya dengan sumber perikanan dan hasil laut.

Fakta candat sotong.

Masa yg sesuai : antara bulan mach – julai

Tempat : perairan Kelantan

Jenis sotong: sotong ketupat , sotong jarum, sotong mengabang, sotong torok, cumit-cumit,

Jenis candat : candat twist, candat buluh, candat mayat, umpan ikan, umpan udang

Sotong candat yang bersaiz besar dan segar boleh dicandat di perairan tempatan pada musim ini. Jangan lepaskan peluang.

Dengan kerjasama dengan Persatuan Nelayan tempatan, kami boleh menolong anda untuk menempah bot dan peralatan berkaitan untuk pergi mencandat sotong. Dengan jaminan bot yang selesa dan memenuhi peraturan keselamatan dan berdaftar dengan Persatuan Nelayan tempatan, nilai tambang dan tempahan bot adalah bergantung kepada saiz bot dan jenis enjin yang digunakan.

Tempahan adalah bergantung kepada masa tempahan dibuat dan juga bergantung kepada kekosongan. Untuk keterangan lanjut hubungi 012-9488958.

satu trip mencandat sotong bergantung kepada lokasi candat. bergantung kepada minyakyang digunakan untuk ke lokasi dan upah tekong. biasanyer perbelanjaan untuk satu trip ialah RM 550.00 hingga RM 700.00.  walaubagaimanapun ini bergantung kepada rundingan dengan tuan bot berkenaan.

mengikut pemerhatian sekarang hasil tangkapan untuk satu bot dianggarkan lebih kurang 50-70 kilogram sotong. ini bergantung kepada kemahiran pencandat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: