Epulklate’s Weblog

Mampukah Brazil Menjulang Kejuaraan

Posted on: June 23, 2010

Dengan kejuaraan sudahpun hampir memasuki pusingan kedua, kejuaraan dunia dalam sukan paling popular iaitu Bola Sepak Piala Dunia. Banyak teka-teki yang bermain diantara pasukan handalan termasuk Argentina, Sepanyol, Brazil, Uruguay dan beberapa pasukan lain.

Cuma pasa edisi kali ini kejutan berlaku pada pasukan Perancis apabila tidak layak ke pusingan kedua. Akibat dari persembahan yang tidak meyakinkan, pasukan Le Blues terpaksa melupakan saingan yang seterusnya. Ramai yang beranggapan Brazil dan Itali akan berentap di pentas akhir dan kejuaraan mejadi milik Brazil pada edisi kali ini. Ini kerana persembahan Brazil yang konsisten kali ini dengan pasukan berada pada tahap terbaik dan bebas dari kecederaan.

Tetapi peminat pasukan Jerman dan Argentina juga yakin pasukan merekan dapat merebut kejuaraan dari Itali pada edisi kali ini. Pasukan argentina pun tampil berbeza kali ini dengan acuan Maradona yang seringkali menjadi. Gandingan yang mantap dari barisan pertahanan sehingga barisan penyerang dan memiliki banyak pilihan untuk menyenaraikan sesiapa sebagai tonggak. Ini menjadi kelebihan untuk pasukan Argentina dari awal kejohanan.

Pasukan lain seperti Sepanyol dan Portugal juga tengah mencorak rentak. Kemenangan besar Portugal melawan Korea utara pasti menjadi tonik tebaik buat Ronaldo dan rakan-rakan untuk mara bergaya ke pusingan kedua. Manakala pasukan Sepanyol pula sudah mula menjumpai rentak kerjuaraan dengan menang pada perlawanan terakhir menentang Honduras.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: