Epulklate’s Weblog

Archive for September 2008

SELAMAT HARI RAYA diucapkan kepada semua umat islam. kedatangan syawal sememangnya dinantikan.  semoga sambutan syawal kali ini lebih bermakna jika dibandingkan  dengan syawal sebelumnya.

AYUH KAKI CANDAT SOTONG !!!!.. musim mencandat sotong datang lagi. rasai suasana mencandat dibulan Ramadhan. berbuka puasa dan bersahur di atas bot. jangan lepaskan peluang……

berminat hubungi 012-9488958. tempahan awal diperlukan.

MINYAK PELINCIR PENEKA OIL

(PENEKA Lubricant Oil)

Di proses di malaysia dengan menggunakan teknologi terkini. Kualiti setaraf dengan minyak pelincir berjenama lain. Di jual dengan harga PROMOSI yang jauh lebih rendah dari minyak pelincir berjenama di pasaran.

Dicipta khas untuk enjin bot. Mempunyai ciri-ciri kegunaan enjin bot kecil mahupun bot laut dalam. Sangat sesuai untuk pelbagai jenis enjin. Di ilhamkan oleh Persatuan Nelayan dengan motto ” DARI NELAYAN UNTUK NELAYAN”. 

Di jual dengan pelbagai jenis versi berdasarkan keperluan. Antaranya 5 Liter, 18 Liter dan  200 Liter.

5 Liter berharga RM 34.50

 

18 Liter berharga RM 115.00

 

200 Liter berharga RM 1380.00

Kepada yang berminat untuk mendapatkan bekalan minyak Pelincir PENEKA OIL, sila buat pesanan atau menghubungi no 012-9488958 (H/P) / 09-7483557 (Ofis) . Pengedar di seluruh negara diperlukan.

Sedia menerima tempahan pelbagai kerepek . Dengan rasa yang unik dan harga yang berpatutan, kerepek buatan tangan secara tradisi ini menjamin kualiti rasa yang memikat.

menerima tempahan pelbagai jenis kerepek. Pisang, Ubi, Tempeyek, Maruku dan macam-macam lagi. Untuk tempahan segera, sila tinggalkan jenis tempahan, kuantiti dan no tel.

atau hubungi segera. 012-9488958

Pelamin khayalan

Dia mengaku pereka fesyen terkemuka dan menyediakan khidmat pakej perkahwinan bernilai berpuluh ribu ringgit kepada bakal pengantin.

Namun menjelang hari bahagia, pelamin tidak siap, duit lenyap dan dia pula lesap.

Begitulah ligatnya seorang lelaki dikenali sebagai Nan yang menjual nama artis popular dalam operasi liciknya dan sehingga kini dikatakan menipu hampir 30 bakal pengantin membabitkan kerugian lebih RM100,000 di beberapa negeri sejak lebih setahun lalu.
Berikut pengakuan mangsa terbabit:

MANGSA 1
AIDA OSMAN, 53, KERUGIAN RM13,000
Pelakon drama — lebih dikenali sebagai Mak Yam

“MAK Yam kerugian kira-kira RM21,000 gara-gara terlalu percaya kepada Nan untuk mengendalikan majlis kenduri anak Mak Yam.

Mak Yam diperkenalkan kepadanya melalui kenalan di kalangan industri hiburan.

Mak Yam setuju dengan pakej perkahwinan ditawarkan Nan yang meliputi pelamin, katering, hiasan bilik pengantin, baju pengantin dan hantaran yang semuanya berjumlah hampir RM21,000.

Bagaimanapun, seminggu sebelum majlis berlangsung, dia menghilangkan diri selepas menerima keseluruhan bayaran.

Mak Yam mengenalinya lebih setahun dan tidak pernah meragui kepakaran dan kejujurannya selepas melihat senarai pakej perkhidmatan, operasi premis serta produknya yang meyakinkan.

Dia juga pandai mengambil hati pelanggan dengan menabur pelbagai janji manis, termasuk ketika berurusan dengan anak Mak Yam.

Kerana yakin dengan khidmatnya, Mak Yam menerima tawaran pakej perkahwinan itu, termasuk khidmat katering.

Sebelum membuka butik di Kuantan, dia pernah mempunyai premis perniagaan di Keramat, Kuala Lumpur.

Mak Yam pernah ke premis berkenaan dan mendapati ramai pelanggan yang datang ketika itu mengadu mengenai perkhidmatan ditawarkan indah khabar daripada rupa.

Selepas itu Mak Yam batalkan tempahan perkhidmatannya dan minta dia pulangkan semua wang berkenaan.

Mak Yam terperanjat bila pekerjanya memberitahu khidmat katering itu sebenarnya menggunakan makanan yang dibeli di pasar malam.

Tidak hairan dia meminta kami menyediakan pinggan mangkuk sendiri.

Kami memberi peluang dua bulan kepadanya untuk memulangkan semua wang itu tetapi setakat ini dia hanya membayar RM7,000.

Selepas setahun berlalu Mak Yam berdikit menyelesaikan hutang itu dan sehingga sekarang hutang Mak Yam masih berbaki RM7,000 kepada pihak katering.
MANGSA 2
KHAIDIR, 32, KERUGIAN RM71,365
Usahawan
“SAYA bukan saja diperdaya wang untuk upah khidmat majlis perkahwinan, malah diajak menjadi rakan kongsi perniagaan pakaian hari raya, termasuk untuk pasaran di Singapura.

 

Secara keseluruhan dia (Nan) menipu wang saya berjumlah RM71,365.

Dia memang bijak berbicara. Dia mendakwa ada rangkaian perniagaan di seluruh negara sebelum menawarkan pakej perkahwinan yang sangat menarik ketika saya dan ibu bapa berkunjung ke butiknya pada 23 Mei lalu.

Selepas berbincang, saya dan dua orang tua saya bersetuju mengambil khidmatnya membabitkan jamuan, kanopi, pelamin, pakaian dan andaman, termasuk bulan madu ke Bali untuk majlis perkahwinan saya pertengahan Ogos lalu.

Sejak itu saya sering menemuinya untuk berbincang dan setiap pertemuan tidak disertai pihak lain, termasuk pekerja butik.

Ini kerana dia mendakwa butik itu hak miliknya dan hanya dia yang boleh membuat keputusan.

Saya membayar RM42,015 secara beransur-ansur secara tunai, cek dan pemindahan wang ke dalam akaun persendiriannya kerana dia kerap mengatakan memerlukan wang untuk membayar deposit kepada kontraktornya.